me fav bias jpop

February 12, 2013

I guess it's over

Tumblr_lznky6w8w61qbdrz4o2_500_large

Assalamualaikum.
Asyik letak gambar kpop je. Harini tukar jpop pulak. Ecewah ayat aku -oo- Alahai bulan ni aku terbuat dua post pulak. Ingat nak update semalam. Niat terbantut sebab tarikh. Semalam kan 11/2 ((birthday Chansung)) so aku taknak update. Aku nak bersikap adil dengan semua member 2PM. Hahaha.

Pukul 9 tadi baru habis baca Aa+Bb v_v Tunas aku dah baca haritu. Aku dah tulis "First time baca novel tebal" kat calendar. Tarikh dia 5/2/2013. Sebelum ni aku ada baca 2 novel tebal macam tu. Masa sekolah rendah. Masa darjah 5-6 macam tulah. Tajuk dia Kudamba Bahagia. Lepastu aku try baca Lagenda Budak Setan. Dengan bangganya disini aku nak beritahu yang dua-dua novel tu aku baca sekerat jalan :)

Masa umur macam tu aku tak berapa minat. Sekarang dah 16 tahun kira okaylah baca tu :) Kira berbaloi aku start baca novel Hlovate sebagai permulaan. 100% tak mengecewakan. Aku suka novel yang boleh bawak aku masuk dalam dunia novel tu. Dan yang kelakarnya aku nangis 3 kali baca Aa+Bb tu. Apa yang sedih pun aku tak tahu. Yang aku ingat,part Kucai merayu suruh Addin kahwin dengan Benz. Part Addin gugur. Part Benz kantoi dengan Addin ((time Benz biar je Addin pukul dada dia)). 

Tumblr_mdw5yxe2b61rwcoe9o1_500_large

Tipulah kalau baca novel tu,tak teringin nak lelaki macam Benz. Harharhar. Bila aku baca novel ni,aku selalu bayang Kim Shihoo jadi Benz -.- Mungkin aku terbawak-bawak cerita Sunny kot. Dia dalam cerita tu memang 90% macam Benz. Lagipun Kim Shihoo pun comel. So kira okay aku bayang dia. Btw,Kim Shihoo ni yang jadi doktor dalam Love Rain tu :) 

Lepstu bila aku dengar lagu Westlife,aku terbayang Benz dengan Addin. Macam sesuai guna lagu Westlife. Since Hlovate banyak guna lagu zaman tu. Hlovate mesti minat Red Hot Chilli Peppers. Boleh geng dengan abang aku. Sampai kaset ntah zaman bila dia simpan lagi. Sampai sekarang aku ingat lagu Californication. Abang aku punya kerja. Time aku kecik aku memang membesar dengan lagu abang dengan kakak aku. Kalau abang aku,Linkin Park,HIM,Godzillaz. Godzillaz tu aku tertarik sebab dia guna kartun. Aku tak pernah kenal penyanyi dia siapa. Hahaha. Kalau Linkin Park,aku ingat lagu In The End je. Sekali dengan MV dia aku ingat. Kalau lagu HIM banyak aku suka XD Kalau kakak aku semestinya Westlife. K aku dah lari topik.
Yeay tadi dah dengar teaser semua lagu yang ada dalam Legend Of 2PM. Weehoo. Aku dah tak sabar nak tunggu 
Panjangnya aku menaip. So aku kena stop sekarang. Sebelum tu aku nak mintak maaf kalau ada yang kurang suka dengan entry aku yang ni. Ya memang aku pelik sebab suka Benz yang tak tahu wujud ke tidak. Tapi watak dan perwatakan dia dalam novel tu yang membuatkan aku suka dia. Lagi satu abaikan kalau ada typo ataupun ayat yang kurang jelas maksud yang aku cuba sampaikan. Sekian.

p/s : Nak kawan macam K-Oi,Air-Jee,A-Cid,Lee,Juki,Im dengan Eady a.k.a Magnificent Seven <3

Assalamualaikum.

YOU CAN DO ANYTHING BUT NOT EVERYTHING